Friday, 12 July 2013

Umroh ku

Syukur tak terkira kupanjatkan kepada Allah kerana menjadikan aku tetamuNya.Walau aku tak tahu aku ini tetamuNya yang bagaimana tapi di Tanah Haramain dapat ku rasa kasih sayangNya yang tak terhingga..Segala ujian dan kekecewaan di sana adalah tarbiyah paling berharga buatku yang sering khilaf dalam menempuh hidup ini.Aku menyangka di bumi Malaysia aku adalah orang yang penyabar tapi rupanya di bumi haramain aku diajar agar lebih bersabar lagi dengan segala macam fenomena karenah manusia..
Dengan begitu aku juga amat bersyukur kerana Allah SWT mengizinkan aku yg penuh dosa ini mengucup dan mendakap dinding baitullah,mengucup hajar aswad,bersolat di Raudhah tanpa gangguan kerana semua tahu bukan mudah dapat solat dengan sempurna bagi jemaah wanita memandangkan raudhah yang sentiasa sesakAku juga diizinkan Allah bersolat sunat di hijr Ismail yang semuanya menjadi rebutan para jemaah.Tawaf dan Saie juga dipermudahkan.Kami tawaf dengan berhampiran dengan kaabah.Di situlah aku merasa betapa Allah Itu Maha Pengampun,Pengasih dan juga Maha Penyayang.
Di bumi haramain ini adalah sedalam-dalamnya aku merenung diri yang hina dan kerdil ini.Semua dan silap bermain di benak dan kadangkala seperti skrin tv layaknya  berputar di mindaku..Kenangan manis di bumi haramain akan terpahat sebagai memori yang paling berharga buatku seumur hidup..Kupohon kepada Allah agar aku bisa menjadi tetamuNya lagi..Insha Allah..