Tuesday, 5 February 2013

Rumah Agnes Keith




Anakku dah byk kali ajak pg tengok rumah ni...tapi aku selalu ja tunda...dulu2 ajak kawan pg dah smpai kat lokasi kawan pula tak nak masuk...sebabnya takut bila dgr cerita2 seram...hehe...kemarin tak dirancang sebelah petang ajak ank sulung keluar pusing2 bandar and then singgah kejap nak lepas boring...lepas tinjau2 kejap isi rumah...aku ajak anak keluar..pekerja kat luar senyum2 dan tanya,,"aik?kenapa sekejap jugak?"

Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.Di sini masih terdapat barang2 peninggalan mendiang.

Agnes Keith dan suaminya pernah ditawan oleh tentera Jepun dan dihantar ke kem-kem tahanan.Pelbagai cerita misteri disebalik cerita kehidupan mereka.
Rumah ini dikatakan seram kerana dikatakan ramai melihat bayangan wanita berbaju putih dipercayai roh mendiang Agnes..





Cerita Kedai Kopi -- Siapa Yang betul?

Manusia hari ni kebanyakannya akan berkata,,
"aku betul,dia salah"
"kami betul,mereka salah"
"aku bijak,dia bodoh"
"kami bijak,mereka bodoh"

Allah berfirman, “Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul..” [al-Nisaa: 59].

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak,  semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab:  "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." (Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).