Aneh sungguh mata ini, semasa di depan komputer mata terasa letih dan mengantuk.Tapi bila kepala rebah di perbaringan susah sekali mata mahu di pejam.Mata menerawang ke siling.Di kaki katil terselak sedikit langsir menampakkan rembulan dan langit yg kelam.Fikiran mula melayang ke sana sini.Bermacam-macam mula muncul di benak.Memori sembang facebook,memori komen2 facebook yang menyebalkan hati,memori teman2..tidak terkecuali memori kejiwangan..pssst!..haha.
Kurenung langit malam dari jendela kamar.Sekali sekala renungan terganggu dek cahaya lampu kereta di jalanan.Mata melirik orang di sebelah.hmm,,sudah enak dibuai mimpi.Alangkah baiknya jika aku bisa memasuki otak tidurmu agar aku bisa meluahkan yang tersirat meski cuma dalam mimpimu..:-)
Aaah!,,kenapa mata tidak mahu tidur lagi.Buruk sangka sudah mula menyelit.Ini pasti kerjanya si setan.Kepala mula berkhayal lagi.Khayalan indah,khayalan ngeri...Umpama tv astro macam2 ada..hehe..Mata melihat lagi ke arah jendela..sesekali kepikiran bagaimana tiba2 ada momok muncul di balik jendela itu..Bila melihat langit gelap dgn sirnanya bintang dan bulan tetiba hati mula berasa sendu lalu berfikir-fikir tentang kewujudannya alam,tentang kewujudannya diri,,langsung tentang kewujudannya hidupku ke dunia ini.
Aku mula berfikir tentang Tuhan yg mencipta segalanya.Maha Bijaksana,,Sesekali di pikiran terbit rasa ingin sekali melihat wajahNya Tuhan..Astaghfirullah,,aku mula teringat bagaimana RasulNya Nabi Musa a.s rebah kerana ingin sekali melihat wajah Rabb apatah lagi bagaimana pula bisa insan jahil sepertiku mahu melihat wajahNya Yang Mulia..
Sesekali juga ingin sekali aku berdialog dengan Tuhan...Ingin melihat syurga Allah,,apa sudah jadi denganku.Terbit pula bagaimana sekiranya aku ketika ini dicampak ke neraka kerana dosa2ku.Bagaimana sekiranya esok aku tidak bangun lagi melihat matahari terbit.Bagaimana caranya nyawaku direnggut oleh sakaratulmaut.Aduh,,timbul rasa gerun mengenangkan ceramah2 dan juga apa yg pernah aku baca tentang hebatnya azab mati.Dan di saat ini jua kesunyian sekeliling buatku membayangkan diri di dalam perbaringan liang lahad...Allahurabbi..

Aku mula berhenti berkhayal untuk mahu itu dan ini.Aku mula berhenti berkhayal mahu hidup seperti orang ini dan orang itu..Aku mula berhenti marah dengan orang2 yang memusuhiku.Aku mula berhenti atas ketidak puas hatiku terhadap kehidupan ini...kerana..kerana....yang indah2,,yang pahit2..itu semuanya ujian buatku.Dunia ini akan hancur.Aku juga hancur..Jika lulus ujian ini sudah pasti ganjarannya kehidupan indah yang abadi di sana...
Kulafaz istighfar berulang kali.Kutadah tangan membaca surah2 lalu kusapu ke seluruh wajah dan tubuh sepertimana sunnah Rasulullah..dan malamku berakhir dengan tenang tanpa mimpi yang dipersetankan...