Dengan begitu aku juga amat bersyukur kerana Allah SWT mengizinkan aku yg penuh dosa ini mengucup dan mendakap dinding baitullah,mengucup hajar aswad,bersolat di Raudhah tanpa gangguan kerana semua tahu bukan mudah dapat solat dengan sempurna bagi jemaah wanita memandangkan raudhah yang sentiasa sesakAku juga diizinkan Allah bersolat sunat di hijr Ismail yang semuanya menjadi rebutan para jemaah.Tawaf dan Saie juga dipermudahkan.Kami tawaf dengan berhampiran dengan kaabah.Di situlah aku merasa betapa Allah Itu Maha Pengampun,Pengasih dan juga Maha Penyayang.
Di bumi haramain ini adalah sedalam-dalamnya aku merenung diri yang hina dan kerdil ini.Semua dan silap bermain di benak dan kadangkala seperti skrin tv layaknya berputar di mindaku..Kenangan manis di bumi haramain akan terpahat sebagai memori yang paling berharga buatku seumur hidup..Kupohon kepada Allah agar aku bisa menjadi tetamuNya lagi..Insha Allah..